SYARAT MAJIKAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA) INDONESIA
  1. Majikan mesti mempunyai anak di bawah umur 15 tahun ATAU ibu bapa ATAU ahli-ahli keluarga yang sakit dan memerlukan jagaan.
  2. Isteri majikan mestilah bekerja.
  3. Berpendapatan tidak kurang dari RM 3,000 sebulan digabungkan pendapatan suami dan isteri.
CARA PENGAMBILAN PEMBANTU RUMAH

  1. Pilih biodata PRA yang sesuai.
  2. Borang Permohonan yang telah lengkap diisi dihantar ke pejabat Imigresen yang berdekatan dengan alamat tempat tinggal.
  3. Kelulusan permohonan dan perolehan permit daripada Jabatan Imigresen dalam jangka masa maksimum 14 hari bekerja.
  4. Setelah permit dikeluarkan proses kemasukkan PRA akan diuruskan dan urusan dijangka selesai dalam tempoh 3 minggu

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Dua (2) salinan My Kad (suami DAN isteri).
  2. Borang EA yang diakui sah oleh majikan ATAU Borang BE yang disahkan oleh LHDN ATAU Cetakan Penerimaan e-filing LDHN
  3. Surat Pengesahan Majikan
  4. Dua (2) salinan Sijil Nikah.
  5. Dua (2) keping gambar berwarna berukuran passpot (suami DAN isteri).
  6. Dua (2) salinan Surat Beranak anak-anak di bawah umur 15 tahun
  7. ATAU surat akuan doktor pakar dari hospital kerajaan atau pakar swasta bagi ibu/bapa yang sakit beserta dua (2) salinan surat beranak pemohon DAN salinan kad pengenalan ibu/bapa
  8. Dua (2) salinan Slip Gaji - 3 bulan terakhir (suami DAN isteri)
  9. Satu (1) salinan bil letrik/air yang menunjukkan alamat tempat tinggal semasa


DOKUMEN TAMBAHAN (Bagi yang bekerja sendiri)
  1. Dua (2) salinan Borang 9, 24 & 49.
  2. Dua (2) salinan Pendaftaran Perniagaan dan Dua (2) salinan Penyata Bank (3 bulan terkini)


JADUAL KERJA PEMBANTU RUMAH TANGGA
1 ) KERJA – KERJA HARIAN PRT
PAGI
1.1 Bangun pada jam 5.30 pagi setiap hari, mandi, solat dan kemas bilik sendiri
1.2 Menyediakan sarapan pagi untuk majikan dan anak-anak
1.3 Mengelap perabot,meja makan,dapur dan lain-lain
1.4 Mop lantai di dapur dan semua ruang lain di rumah
1.5 Mencuci pakaian majikan dan anak – anak
1.6 Mengemas rumah dan mengasuh anak – anak majikan
1.7 Menyiram pokok
TENGAH HARI
1.1 Menyediakan makanan tengah hari untuk anak – anak majikan
1.2 Membersih bilik air
1.3 Solat Zohor dan berehat sekejap
1.4 Melipat pakaian
1.5 Membersihkan dan menyapu lantai luar rumah
PETANG
1.1 Menyediakan minum petang untuk majikan dan anak – anak
1.2 Menggosok pakaian
1.3 Menngawasi anak – anak bermain di luar rumah sambil menyiram pokok bunga dll
MALAM
1.1 Menyediakan makan malam
1.2 Bersihkan bahagian dapur selepas memasak
1.3 Mencuci pinggan mangkuk
Jadual kerja PRT di atas ialah jadual umum yang perlu disesuaikan dengan keperluan rumah dan keluarga majikan
KERJA – KERJA MINGGUAN PRT
1.1 Membersikkan lampu dan kipas
1.2 Membersihkan cermin tingkap
1.3 Membersihkan kabinet dapur
1.4 Menukar cadar – cadar di semua bilik di rumah majikan
1.5 Mencuci kasut sekolah anak – anak majikan
1.6 Membersihkan frame gambar dll
1.7 Vacuum lantai dan karpet
1.8 Membersihkan taman

No comments:

Post a Comment